Latar Belakang

Mengenai Kami

Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) pada mulanya dikenali sebagai Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi (PUJAKA). PUJAKA telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 untuk menjamin dan mengurus hal ehwal kualiti, khususnya kualiti akademik Universiti. Ia terbentuk hasil daripada pengstukturan organisasi di UMK dan ditempatkan secara langsung di bawah Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa).

Struktur organisasi asal PUJAKA terdiri daripada seorang Pengarah, Timbalan Pengarah, Penolong Pendaftar (N41), dua orang Penolong Pegawai Tadbir (N27) dan Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) serta dibantu oleh Jawatankuasa Kerja Kualiti Akademik (JAKA).

Pengstrukturan semula PUJAKA adalah berdasarkan kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.9/2015 (Kali Ke-145) bertarikh 9 September 2015 mengenai kelulusan penjenamaan PUJAKA kepada Pusat Pengurusan dan Jaminan Kualiti (PPJK). Penjenamaan tersebut berkuatkuasa pada 19 November 2015 melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 19/2015. PPJK telah dipertanggungjawabkan terus kepada Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti). 

PPJK kemudiannya dipindahkan semula kepada Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) melalui Pekeliling Pentadbiran Bil. 14/2018, Pindaan Carta Organisasi Universiti Malaysia Kelantan (Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bil.10/2018 (Kali ke- 193).

Melalui edaran Pekeliling Pentadbiran Bil 16/2019 bertarikh 5 Mei 2019, pindaan Carta Organisasi UMK, PPJK telah dijenamakan semula sebagai Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) dan ditempatkan di bawah tanggungjawab Pejabat Naib Canselor (Kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bil. 7/2019 Kali Ke- 203)

Kronologi Perubahan Struktur Organisasi PPQ:

Nama Pusat: Pusat Jaminan Kualiti dan Akreditasi (PUJAKA)

  • Tanggungjawab: Pejabat Timbalan Naib    Canselor (Akademik& Antarabangsa)
  • Punca kuasa: Pekeliling Pentadbiran Bil 44/ 2012 bertarikh 31 Oktober 2012

Nama Pusat: Pusat Pengurusan dan Jaminan Kualiti (PPJK)

  • Tanggungjawab: Pejabat Penolong Naib Canselor (Pembangunan Korporat & Pengurusan Kualiti)
  • Punca kuasaPekeliling Pentadbiran Bil. 19/2015 bertarikh 19 November 2015

Nama Pusat: Pusat Pengurusan Jaminan Kualiti (PPJK)

  • Tanggungjawab: Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik& Antarabangsa)
  • Punca kuasa: Pekeliling Pentadbiran Bil. 14/2018 bertarikh 30 September 2018

Nama Pusat: Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ)

  • Tanggungjawab: Pejabat Naib Canselor
  • Punca kuasa: Pekeliling Pentadbiran Bil 16/2019 bertarikh 5 Mei 2019

Pada tahun 2020, PPQ diluluskan penambahan staf bagi tujuan pelaksanaan ISO 9001:2015 di peringkat UMK. Bagi tujuan ini, Bahagian Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) telah ditubuhkan. 

About Us

Visi


Menjadikan Pemimpin Di Dalam Penghasilan Jaminan Kualiti Akademik Yang Mantap Dan Sistem Pengurusan Kualiti Yang Mapan Untuk Kecemerlangan UMK Yang Berterusan Dan Kekal Kompetitif.

Misi


Menawarkan Perkhidmatan Yang Efektif,Bermutu Dan Berprestij Kepada Semua Pemegang Taruh Khususnya Dalam Perkara Yang Melibatkan Jaminan Kualiti Akademik,Sistem Pengurusan Kualiti Dan Penjenamaan Kualiti UMK

Objektif


  1. Memastikan 100% pematuhan SPK UMK bagi pengekalan pensijilan ISO 9001
  2. Memastikan Audit Kualiti Dalaman UMK dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan
  3. Memastikan laporan Audit Kualiti Dalaman dikeluarkan mengikut ketetapan masa yang diberikan
  4. Memastikan semua pematuhan audit AKD dilaksanakan secara berkesan di semua peringkat PTj UMK
  5. Memastikan kepuasan pelanggan dipenuhi
  6. Memastikan proses pembangunan program akademik baharu dan akreditasi dikendalikan dengan teratur
  7. Memastikan proses pematuhan akreditasi dikendalikan dengan teratur
  8. Memastikan proses validasi semakan kurikulum dikendalikan dengan teratur.