EKSA merupakan istilah baharu bagi 5S yang telah disuntik dengan elemen pembaharuan dan  penambahbaikan serta disuburkan dengan penjenamaan semula program ini, selari dengan perubahan dan kehendak semasa. Pelaksanaan EKSA di UMK untuk menggantikan Sistem Persekitaran Berkualiti (QE/5S) telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Bilangan 20/2021 (Kali Ke-245) pada 17 November 2021. Ini selaras dengan usaha menambahbaik dan menjenamakan semula Amalan QE/5S di Sektor Awam dan merupakan salah satu inisiatif untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Penjenamaan semula ini sejajar dengan perubahan dan kehendak semasa yang menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi serta memperkasakan budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU) Bilangan 1/2022 (Kali Ke-247) pada 18 Januari 2022 telah memutuskan bahawa Pelaksanaan EKSA di UMK akan dikendalikan oleh Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) yang bertanggungjawab dan berperanan dalam penyelarasan semua aktiviti dan inisiatif kualiti di peringkat universiti. Carta organisasi EKSA di UMK adalah seperti dibawah:

 

 

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen baharu iaitu imej korporat, kreativiti dan inovasi, amalan hijau, persekitaran kondusif, dan kepelbagaian pusat tanggungjawab: