Pembangunan program akademik adalah satu proses perancangan, pelaksanaan dan penilaian pembelajaran yang bertujuan memastikan program akademik yang ditawarkan mampu membantu keberhasilan dan kemenjadian pelajar.

Semua permohonan program akademik perlu mematuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF), Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA) dan standard program berkaitan yang diurus tadbir oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) serta manual/garis panduan badan profesional (jika berkaitan).

Garis Panduan Pembangunan Program Akademik (GPPPA) UMK telah dibangunkan bagi membantu melancarkan proses pembangunan program akademik di UMK untuk mendapatkan kelulusan akreditasi dari MQA/ badan profesional berkaitan, perakuan Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan seterusnya memperoleh kelulusan Menteri Pengajian Tinggi.