Warga Universiti Malaysia Kelantan (UMK) beriltizam dan komited ke arah wawasan mencapai objektif pelan strategik universiti melalui pembudayaan sistem jaminan kualiti akademik  yang mantap, sokongan dari sistem pengurusan kualiti yang mampan bagi memenuhi jangkaan pelanggan dan stakeholders universiti. Bagi memenuhi keperluan dasar ini warga UMK hendaklah:

  1. Meningkatkan prestasi pentadbiran Universiti melalui budaya korporat untuk menyediakan penyelesaian pentadbiran yang cekap, berkesan dan profesional.
  2. Menjamin maklumat dan rekod sentiasa bersepadu, lengkap, tepat dan selamat.
  3. Memastikan kawalan keselamatan kampus sentiasa cemerlang.
  4. Prihatin terhadap kebajikan staf.
  5. Penggerak kepada program pemasaran universiti