Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah satu mesyuarat yang diadakan secara berkala (2 kali setahun) untuk menilai semula pengurusan dan operasi universiti dengan tujuan meningkatkan keberkesanan, kecekapan dan kualiti perkhidmatan. MKSP adalah satu platform untuk mengenal pasti isu-isu yang memerlukan penyelesaian serta untuk membuat keputusan yang membawa impak positif ke atas pembangunan dan kemajuan UMK. Keanggotaan MKSP melibatkan semua ksenior administrator  universiti bagi memberikan maklum balas serta cadangan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan serta untuk memenuhi keperluan para pelanggan dan pemangku kepentingan universiti.

Sebelum ini, MKSP dikenali sebagai Majlis Kualiti Universiti (MKU). Namun, MKU telah ditukar kepada MKSP kerana lebih sinonim di kalangan universiti awam yang lain serta pihak berkepentingan seperti SIRIM. MKSP adalah salah satu keperluan ISO 9001:2015, iaitu piawaian antarabangsa untuk pengurusan kualiti. Klausa 9.3 dalam ISO 9001:2015 menggariskan bahawa organisasi perlu menilai keberkesanan sistem pengurusan kualiti mereka secara berkala dan MKSP merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan oleh organisasi untuk memenuhi keperluan ini.