Pemantauan pelaksanaan kurikulum program adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang keberkesanan pelaksanaan kurikulum dan mengenalpasti perkara-perkara yang perlu ditambahbaik bagi memastikan hasil pembelajaran kursus dapat dicapai oleh pelajar seperti yang dirancang. Aktiviti pemantauan adalah berfokuskan kepada urusan penyelenggaraan kualiti pelaksanaan program (maintenance of academic quality).

Pemantauan pelaksanaan kurikulum program melibatkan dua (2) peringkat iaitu peringkat kursus (course monitoring) dan peringkat program (program monitoring). Pemantauan peringkat kursus dijalankan pada setiap semester pengajian sementara pemantauan peringkat program pula boleh dijalankan sebagai aktiviti tahunan iaitu setelah selesai satu sesi akademik pengajian program.