Jawatankuasa Kualiti Universiti (JKPQ) adalah sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk membincangkan pencapaian kualiti yang telah dilakukan oleh setiap PTJ, dan untuk mengenal pasti masalah dan kelemahan yang mungkin terdapat dalam pengurusan kualiti di Universiti Malaysia Kelantan. JKPQ juga bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua PTJ mematuhi piawaian kualiti dan melaksanakan tindakan-tindakan yang perlu untuk meningkatkan prestasi kualiti. Ahli-ahli dalam jawatankuasa ini terdiri daripada dekan-dekan dan ketua-ketua pusat tanggungjawab (PTJ) yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan prestasi pencapaian kualiti yang terbaik di dalam universiti.

JKPQ merupakan platform pertama proses pemantauan prestasi kualiti sebelum di bawa ke Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP). Mesyuarat JKPQ diadakan 2 kali setiap kali sebelum Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) untuk membincangkan pencapaian kualiti yang telah dilakukan oleh setiap PTJ. Manakala, pelaporan status kualiti dihantar pada setiap suku tahun (4 sukuan) bagi memastikan prestasi kualiti dipantau dan dikawal dengan berkesan untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan serta pihak berkepentingan.

Sebelum ini, jawatankuasa ini dikenali sebagai Jawatankuasa Kualiti Jabatan (JQJ) dan keahlian adalah penyelaras-penyelaras kualiti dari setiap pusat tanggungjawab. Pertukaran nama kepada Jawatankuasa Kualiti Universiti (JKPQ) adalah untuk mengelakkan kekeliruan mengenai peringkat pemantauan kualiti.