PPQ ONLINE: Pada 13 Disember 2021, PPQ telah mengadakan Webinar Bertajuk “Proses Akreditasi MQA Dan Badan Profesional: Di Manakah Titik Persamaan Dan Perbezaan”. Program ini telah diadakan secara dalam talian melalui platform zoom dan secara Live Stream di laman sesawang facebook rasmi UMK.
Untuk meningkatkan kefahaman terhadap proses penilaian akreditasi MQA dan Badan Profesional kepada staf akademik UMK, pihak PPQ telah menjemput dua (2) orang panel jemputan untuk menjayakan webinar ini. Panel yang pertama iaitu YBrs. Encik Abdul Saman bin Taip, merupakan Pengarah dari Bahagian Akreditasi, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), telah diundang untuk menerangkan mengenai tafsiran dan punca kuasa akreditasi dan badan profesional, polisi dan dasar serta maklumat terkini berkaitan proses akreditasi di MQA.
Manakala panel jemputan kedua adalah YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rusllim Mohamed, Pengarah, Technology and Technical Accreditation Secretariat (TTAS), Malaysian Board of Technologist (MBOT) telah berkongsi berkaitan peranan MBOT dan jugaproses akreditasi badan professional di MBOT.
Webinar ini telah berjaya menarik perhatian seramai 780 orang peserta bukan sahaja dalam kalangan warga UMK malahan juga peserta dari luar UMK. Moderator bagi webinar ini dikendalikan oleh YBrs. Dr. Suhaila binti Abdul Kadir, Ketua Bahagian Jaminan Kualiti Akademik, Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ).
Pihak PPQ merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada kesemua Ketua PTj, dan semua staf yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam webinar pada kali ini. Kami di PPQ berharap agar pencerahan terhadap proses penilaian akreditasi bagi MQA dan MBOT ini dapat memberi gambaran jelas kepada staf akademik yang terlibat bagi tujuan penyediaan dokumen untuk keperluan akreditasi dan pengiktirafan program akademik.