Bagi program yang memerlukan lawatan penilaian Akreditasi Sementara daripada MQA/ badan profesional (jika berkaitan), entiti akademik perlu memastikan permohonan program baharu tersebut mengambil kira minggu lawatan yang telah ditetapkan oleh MQA/ badan profesional sebelum membuat permohonan.

Bagi lawatan Akreditasi Penuh dari MQA/ badan profesional (jika berkaitan) diselaraskan oleh PPQ dan entiti akademik mengikut ketetapan yang ditetapkan oleh MQA/ badan profesional. Selesai sesi lawatan, pihak universiti akan menerima keputusan daripada MQA/ badan profesional melalui emel dan surat. Sekiranya lulus, entiti akademik perlu menyediakan maklum balas syarat khusus Akreditasi Penuh sekiranya ada.

Setelah menerima syarat khusus perakuan Akreditasi Sementara daripada MQA/ badan profesional, entiti akademik perlu menyediakan maklum balas syarat khusus.