10-Mar-2022

PROGRAM KESEDARAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) ISO 9001: 2015 BERSAMA PUSAT PENGURUSAN KUALITI UNIVERSITI (PPQ) DAN PARA PENGURUSAN UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK)


PPQ Online: Pada 06 Disember 2021, PPQ telah mengadakan Program   yang bertajuk: Kesedaran Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001: 2015 Bersama Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) dan Para Pengurusan Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Program ini telah diadakan secara hibrid iaitu  di Bilik Mesyuarat Eksekutif, UMK Kampus Kota dan  melalui platform webex .

Program kesedaran Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) MS ISO 9001: 2015 ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman berkaitan kepentingan Sistem Pengurusan Kualiti UMK yang menggunapakai standard ISO 9001:2015 di dalam membantu meningkatkan prestasi UMK secara menyeluruh dan juga sebagai persediaan asas yang kukuh untuk memenuhi keperluan pelanggan.

Panel jemputan bagi sesi perkongsian ini adalah YBhg Prof. Ir. Dr. Shahrir Abdullah, Profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mana beliau telah membicarakan tentang keperluan dan standard jaminan kualiti yang merangkumi Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA), Kod Amalan Audit Institusi (COPIA) dan juga instrumen yang digunakan dalam mengekalkan swaakreditasi di UKM. Selain itu, beliau juga berkongsi mengenai evolusi sistem penjaminan dan pengurusan kualiti dalaman di UKM yang bermula pada tahun 2005 sehinggalah sekarang termasuklah struktur dan system yang digunapakai di UKM. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Arham bin Abdullah (Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi).

“UMK telah pun mendapat Pensijilan MS ISO 9001: 2015 daripada pihak SIRIM dan akan menghadapi AudIt Surveillance yang Pertama pada penghujung Februari atau awal Mac 2022, justeru perkongsian mengenai sistem pengurusan kualiti di UKM ini adalah menjadi penanda aras dalam memastikan pengekalan pensijilan MS ISO 9001: 2015 dan juga sebagai persediaan kearah mendapatkan swaakreditasi daripada pihak kementerian” jelas Prof. Madya Dr. Noor Hasmini binti Hj. Abd Ghani iaitu Pengarah PPQ dalam ucapan aluan  program webinar ini. 

Pihak PPQ merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran ketua- ketua PTj dan wakil- wakil PTj. Menerusi program ini, pihak PPQ berharap agar kesedaran terhadap keperluan dan kepentingan ISO 9001:2015 untuk UMK dapat di tingkatkan.  Begitu juga dengan kerjasama baik dan komitmen para pengurusan Universiti secara  berterusan akan dapat memberi lebih kejayaan, kecemerlangan dan sekaligus menjadikan UMK lebih kompetitif dan berdaya saing.




ARCHIVE
2023
May (1)
2022
July (1)
April (1)
March (3)
2021
February (2)
2020
December (1)
September (3)
August (2)