30-Sep-2020

GERAK KERJA SPK MS ISO 9001: 2015 BERSAMA PUSAT PENGURUSAN KUALITI UNIVERSITI (PPQ), PERUNDING, PELAKSANA UTAMA DAN AHLI JAWATANKUASA KUALITI JABATAN (JQJ)


PPQ ONLINE : Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) telah memulakan Gerak Kerja SPK MS ISO 9001: 2015 bermula pada 13 September 2020. Program Gerak Kerja ini melibatkan kehadiran pihak PPQ sendiri bersama dengan Perunding, Pelaksana Utama dan Ahli Jawatankuasa Kualiti Jabatan (JQJ) bertempat di Bilik Seminar KA01S, Kompleks Akademik, UMK Bachok. Kesinambungan daripada itu, bengkel SPK MS ISO 9001:2015: Understanding Requirements and Risk Based Thinking yang melibatkan penyertaan daripada semua ahli JQJ dari setiap PTj dan Auditor Kualiti Dalaman UMK telah dijalankan, bermula pada 20-22 September 2020 bertempat di Bilik Seminar KA01S, Kompleks Akademik, UMK Bachok.

 

 

 

Secara amnya, tujuan program Gerak Kerja SPK MS ISO 9001: 2015 melibatkan tiga (3) perkara yang utama iaitu (1) untuk menerangkan setiap klausa yang terdapat dalam standard MS ISO 9001:2015; (2) penjelasan Manual Kualiti yang dihubungkait dengan klausa MS ISO 9001:2015; dan, (3) proses kesediaan setiap pusat tanggungjawab (PTj) di dalam memastikan pembangunan Manual Kualiti Induk ini dapat dilaksanakan.

Kesinambungan daripada itu program Gerak Kerja serta pelaksanaan bengkel Understanding Requirements and Risk Based Thinking adalah bertujuan untuk:

 

 

1 - untuk menyediakan dasar dan objektif yang betul sebagai kerangka SPK UMK bagi memenuhi keperluan MS ISO 9001:2015;

2 - untuk memahami rekabentuk, sumber dan menguruskan sistem proses yang saling berkaitan yang diperlukan untuk melaksanakan dasar dan mencapai objektif melalui pengurusan proses;

3 - untuk mengukur dan menganalisis kecukupan, kecekapan dan keberkesanan setiap proses dalam memenuhi tujuan dan objektif.

 

 

Dalam kata-kata aluan yang telah disampaikan oleh Pengerusi Gerak Kerja dan Bengkel SPK MS ISO 9001:2015 iaitu Profesor Madya Dr. Noor Hasmini Hj Abd Ghani (Pengarah PPQ, UMK), beliau mengharapkan agar setiap proses kerja ISO ini dapat dilakukan dengan pihak Ketua PTJ membentuk Task Force di PTj masing-masing di samping bantuan daripada Auditor-Auditor Kualiti Dalaman Universiti yang dilantik bagi memastikan kelancaran pembangunan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) UMK yang menggunapakai ISO 9001:2015. Lanjutan daripada itu, peranan Perunding MS ISO 9001:2015 yang dilantik iaitu En Lim Kim Yook telah memulakan proses Gerak Kerja dan Bengkel ini dengan penerangan mengenai klausa/standard MS ISO 9001:2015 yang melibatkan 11 klausa utama termasuk Pengenalan Klausa dan hubungkait klausa dengan Manual Kualiti yang akan dibangunkan. 

 

Kesinambungan daripada itu, setiap PTj diperlukan untuk menyemak semula Objektif PTj masing-masing dan melakukan penambahbaikan sekiranya perlu bagi memastikan setiap objektif berkenaan boleh diukur. Seterusnya, proses penyediaan Standard Operating Process (SOP) untuk tujuan pembentukan diagram setiap proses aktiviti dijelaskan bagi memastikan setiap PTj dapat menyediakannya untuk perbincangan di sesi yang seterusnya.

 


Akhir kata, pihak PPQ merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir. Pihak PPQ sangat berharap agar pelaksanaan Gerak Kerja ISO ini dapat dilakukan dengan jayanya, hasil kerjasama daripada semua warga kampus UMK. Kecemerlangan UMK adalah kejayaan bersama.

 

 

Sekian.

"RAJA BERDAULAT, RAKYAT MUAFAKAT, NEGERI BERKAT "

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 

 

Pusat Pengurusan Kualiti Universiti (PPQ) 

Pejabat Naib Canselor 

Universiti Malaysia Kelantan 

16300 |Bachok, Kelantan|

 Malaysia

Tel: 09 - 779 7530 |Email: ppq@umk.edu.my

 

Kita #BinaLegasiUMK Bersama

#WeAreUMKFamily

#OneUMKOneDream

#EntrepreneurshipIsOurThrust



ARCHIVE
2023
May (1)
2022
July (1)
April (1)
March (3)
2021
February (2)
2020
December (1)
September (3)
August (2)